Saturday, 16 February 2019

Umrah Part 2, Makkah Al-Mukarramah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Alhamdulillah setelah beberapa hari berkampung di bumi Madinah, kami pun berangkat ke Kota Makkah untuk menunaikan umrah.

Miqat di Bir Ali sebab kami daripada Madinah.


Singgah di Wadi Qudaid untuk solat dan makan sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Suci Makkah.
Diorg panggil ni Nasi Mandy
First time makan macam ni. Nasib baik la pinggan disediakan.

Sampai Makkah kami singgah hotel dulu rehat sekejap dan simpan barang-barang.
Cuak juga la sebab masih dalam ihram. Takut sangat terlanggar pantang-larang.
Alhamdulillah, Allah juga yang mempermudahkan.
 Selesai tawaf pertama dalam hidup.
Masjidil Haram yg bercahaya. Pertama kali tengok Kaabah. Pertama kali solat depan Kaabah.
Manisnya....

Sa'ie dari Bukit Safa ke Bukit Marwah



Selesai umrah pertama. Dengan izin Allah semuanya dipermudahkan. MasyaAllah..


Hari ke-3 di bumi Makkah. Ziarah ke Arafah dan Jabal Thur
Berlatarkan Jabal Rahmah.
Kata orang, kalau mau doa jodoh di sini mustajab.
hihihii..
Di sini Nabi Adam dan Hawa dipertemukan setelah diturunkan ke bumi dan terpisah selama ratusan tahun.


Pantang nampak jual aiskrim ni, terus sign-in.Tiap hari makan ni.
 Datang sana rugilah kalau tidak makan aiskrim ni.

Jabal Nur
Tengok dari jauh dulu.. 
Mu tunggu aku datang....


 Selesai umrah ke-2.
Muka paling kusutlah ni.





Paling best masa ni sebab sa'ie naik scooter. Harga utk seorang, 50 riyal.
3rd Umrah done! Alhamdulillah...



One of the best thing about umrah kami, mendaki Jabal Nur.
Menjejaki Gua Hira.
Tempat yang menjadi saksi kerasulan Nabi Muhammad SAW.
Penat juga daki bukit ni sebab curam. Pressure dia lain macam sebab udara berdebu2 masuk hidung sampai ke tekak. 
Tidak dapat bayangkan macam mana keadaan Rasulullah SAW mendaki bukit ni dgn keadaan belum ada tangga2 yg disediakan.
Macam mana keadaan Saidatina Khadijah r.a yg berulang-alik dua kali sehari menghantarkan makanan buat suaminya yg beribadat di sana.
MAsyaAllah.. dialah sebaik-baik wanita yang selayaknya diidolakan.

Gua Hira.
 Ambil berkat tempat diturunkan ayat Al-Quran yang pertama.

“Bacalah dengan menyebut nama Tuhan yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah yang paling pemurah. Yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahui.”

(Surah Al-Alaq, ayat 1-5)


View dari puncak Jabal Nur.
Photo dari salah seorang jemaah group umrah kami.

Setiap kali pulang  dari masjid, mesti singgah Bin Dawood beli snacks.
Sampai penuh fridge dalam bilik hotel tu.
Last day di sana baru bagi2 org dkt masjid sebab tidak muat masuk dalam luggage.

 
 No veggie for me. yummmm...

Hari ke berapa saya pun tidak ingat. Hahaa
Ziarah Hudaibiyah dan Muzium Haramain.

Pintu Kaabah

Pintu Masjid Nabawi......errmm.. kalau tidak silap la.

Al-Quran tulisan Saidina Uthman bin Affan r.a

Masjid Nabawi

Telaga Air Zam-Zam


Saya tiada ambil apa2 gambar masa dekat Hudaibiyah. Ini sja yg ada.
Minta maaflah pada semua tuan punya wajah.

Menikmati hari-hari terakhir di Kota Suci dengan ahli keluarga.
Indahnya... masyaAllah..
Paling best lepak di bahagian bumbung Masjidil Haram ni.

This view.... MasyaAllah.... 


Niat mau acah-acah arab tapi tu la hidung tidak mengizinkan. LOL
Tunggu waktu isyak masa ni sambil bual2 dgn org sebelah.
Di sana perkara biasa la tu tegur sapa even tidak faham diorang cakap apa.
Buat2 faham sja la. 

Hari-hari terakhir menatap kaabah.
Tengok Kaabah pun dapat pahala.

Sehari sebelum berangkat pulang ke tanah air.
Agihan makanan kepada orang ramai hasil infaq daripada beberapa orang jemaah.

Last day makan aiskrim. Sob sob sob...

Tawaf Wada (selamat tinggal)
Tiada orang yang tidak sedih tinggalkan tempat ni.


Multazam
Salah satu tempat mustajab berdoa.
Semoga segala doa-doa termakbul.
Cepat atau lambat, janji Allah itu pasti.

Sampai di Halls of Hajj and Umrah.
Time to say goodbye paling berabis la bah ini.

Haji Iman... rindunya haji cheecky ni.

Hai lah tuan haji....sedih sangat tinggalkan saudi kali ya?

Jeddah -> Istanbul -> Kuala Lumpur -> Kota Kinabalu -> Sandakan
5 flights untuk sampai Sandakan. 
Penatnya ya rabbi..
Istanbul's night view..

Langit Malaysia...oh finally~~
Alhamdulillah...

Sampai Malaysia terus cari ni pula....

Friday, 15 February 2019

Umrah Part 1 , Madinah Al-Munawwarah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Alhamdulillah...setahun lepas kami sekeluarga berpeluang mengerjakan ibadah umrah.
Sebenarnya draft ni sejak tahun lepas lagi tapi baru sekarang teringat mau post.



Saudara-mara yg menghantar ke airport. Macam hantar orang pegi haji. Hahaha

Bagi kebanyakkan orang, Kota Paris itu kota cinta.
Tapi pendapat aku, Kota Cinta sebenar adalah Madinah Al-Munawwarah.
Di sini kita dapat lihat tinggalan-tinggalan Nabi Muhammad SAW menjadi bukti utuh kecintaan baginda pada umatnya.
Rasulullah SAW yang sangat merindui kita. Allahuma salli 'ala sayyidina Muhammad...



Sampai hotel di Madinah pukul 2 pagi. Rehat sekejap terus pegi solat subuh di Masjid Nabawi.
Perasaan kali pertama melangkah masuk gate masjid tu Allah sj yg tahu.
Nampak saja khemah2 tu menangis.
Dalam hati terdetik "ya Allah...Kau tetap jemput aku walaupun aku banyak buat dosa....." 
Allahuakbar..

Hari pertama jejak kota suci Madinah Al-Munawwarah. Ustazah Aisyah guide kami untuk ziarah dalam Masjid Nabawi dan sekitar kawasan2 berdekatan.

Pintu Masuk Masjid Nabawi.


Tidak pasti gambar ini sama ada sebelum masuk atau selepas keluar dari Raudhah.
Alhamdulillah...








Rezeki bertemu jiran sekampung dekat Madinah. MasyaAllah...
Sama hotel lagi.


Day 2, Ziarah Luar ke Bukit Uhud, Masjid Quba, pasar kurma dan lain-lain.
Jabal Uhud.
Berwarna kemerah-merahan kesan tumpahan darah para syuhada dalam Perang Uhud.
Datang sini hati terus jadi sayu.
Pengorbanan Rasulullah SAW dan para sahabat terlalu besar.
Nikmat hidup sebagai orang Islam hari ini atas pengorbanan mereka.

Di hadapan makam para Syuhada Uhud.
Antaranya Sayyidus Syuhada Saidina Hamzah bin Abdul Muthalib r.a, Abdullah bin Jahsyi Mus'ab bin Umair dan lain-lain.

Yg bukit rendah ni dipanggil Jabal Rumah ataupun bukit pemanah.
Di situlah Rasulullah SAW tempatkan pasukan pemanah ketika Perang Uhud.




Masjid Quba
Masjid yang pertama dibina Rasulullah SAW ketika sampai di Madinah. Masjid ini didirikan atas dasar taqwa.
Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud, 'Barang siapa yang pergi ke Masjid Quba dari rumahnya dalam keadaan wudhuk, dan solat sunat 2 rakaat di dalamnya,ganjarannya adalah 1 pahala umrah.'


Masjid Qiblatain
Masjid yang memiliki nilai sejarah yang tinggi dalam sejarah Islam.
Masjid yg mempunyai 2 kiblat. Masjid yg menjadi saksi perpindahan kiblat.
Ketika Rasulullah SAW sedang solat sunat 2 rakaat menghadap ke arah kiblat pertama orang Islam, iaitu  Baitul Maqdis, Allah SWT menurunkan wahyu pada baginda SAW untuk menukarkan kiblat
mengarah ke Masjidil Haram. 


Pasar kurma. Semua penjual hulur sebiji kurma. Sampai terpaksa minta beg plastik dari penjual tu sbb tangan penuh kurma.




Day 3, Ziarah Tambahan. Pegi melawat tempat-tempat yang tidak termasuk dalam pakej umrah, bayaran 50 riyal seorang.



Pegi ke kaki bukit Uhud. Dapatlah tgk dengan lebih dekat. Puas hati.
Bukit yang mencintai Rasulullah SAW. Begitu juga sebaliknya.
 Bukit yang dijanjikan ada di syurga.
Sebuah riwayat juga menceritakan, Rasulullah SAW pernah menaiki puncak Uhud bersama Saidina Abu Bakar r.a , Saidina Umar r.a dan Sadina Uthman r.a. Setelah keempatnya berada di puncak, Gunung Uhud bergegar. Rasulullah SAW pun menghentakkan kakinya dan bersabda, " Tenanglah kamu wahai Uhud. Di atasmu sekarang adalah Rasulullah dan orang yang selalu membenarkannya dan dua orang yang akan mati syahid " . Selepas itu Bukit Uhud berhenti bergegar.






Muzium Stesen keretapi zaman uthmaniyyah.









                               

Frozen dates. 

Salted pistachio.

Di bawah kubah hijau tu, makam Rasulullah SAW bersama 2 orang sahabat yang lain iaitu Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a dan Saidina Umar al-Khattab r.a 


Makam penghulu kita yang dicintai... Allahumma salli ala sayyidina Muhammad...
Muslimin sajalah yang berpeluang tengok dengan lebih dekat. Kalau muslimah, bertabahlah...


Perkuburan Baqi' .
Di sinilah disemadikan isteri-isteri baginda SAW kecuali Saidatina Khadijah r.a yang disemadikan di perkuburan Ma'ala, Makkah.
Ini pun sama juga. Muslimah tidak boleh masuk.


Ladang Kurma.
Tunggu Fahri datang jemput Aisyah. ehee...

Ada kisah terjadi di sini .... hahaha!
Lucu juga kalau ingat kisah tu.




Hari terakhir di bumi thoyyibah. Allah saja yang tahu beratnya hati untuk tinggalkan bumi penuh barakah ni.

Semoga ada rezeki untuk kembali ke kota penuh kecintaan ini.
Hati sudah terlalu rindu pada ciptaan sebaik-baik manusia...
Ya rabbi.. izinkan aku dan mereka yang membaca ini untuk ke sana lagi.
Aamiin...