Thursday 17 July 2014

Tadabbur Quran : Surah Al Qalam ayat 10 – 16

Tadabbur Quran : Surah Al Qalam ayat 10 – 16 - Al Quran menyifati manusia dengan sembilan sifat tercela antaranya ;-

1) Pertama, Hallaf iaitu banyak bersumpah. Tidak ada yang banyak bersumpah kecuali orang yang tidak jujur.


2) Kedua, mahiin, iaitu Hina. Tidak menghormati dirinya. Masyarakat pun tidak menghormati perkataannya. 


3) Ketiga, Hammaz, iaitu, Banyak Mencela. Yang suka mencela dan mencaci manusia dengan perkataan dan isyarat, baik di hadapan yang bersangkutan maupun di belakangnya.


4) Keempat, Masysyaa-in bi namiim iaitu kesana kemari menghambur fitnah. Berjalan kesana kemari di antara manusia dengan menyampaikan hal-hal yang merosak hati mereka, memutuskan hubungan di antara mereka, dan menghilangkan kasih sayang sesama mereka.


5) Kelima, manna’in lil khairi, iaitu Sangat enggan berbuat Baik. Enggan berbuat baik terhadap dirinya sendiri dan orang lain.


6) Keenam, mu’tadin, iaitu melampaui batas. Melampaui batas kebenaran dan keadilan secara mutlak. Kemudian dia juga melampaui batas terhadap Nabi saw dan terhadap kaum muslimin.


7) Ketujuh, atsii, iaitu Banyak Dosa. Suka melakukan kemaksiatan-kemaksiatan.


8) Kelapan, ‘utull, iaitu Selain itu semua, dia juga kaku dan kasar.


9) Kesembilan, zaniim, iaitu terkenal kejahatannya. Ini adalah penutup sifat-sifat tercela dan dibenci yang terhimpun pada setiap musuh Islam. Tidak ada yang memusuhi Islam dan terus memusuhinya kecuali manusia-manusia yang bersifat tercela seperti ini.