Thursday 4 May 2017

REDHA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.


22 Mac 2017 
Telah perginya mama. Buat selama-lamanya.
Airmata mengalir tanpa sedar. Kenyataan ini sangat menyakitkan.
Pelukkan dan kata-kata semangat tidak putus-putus dari keluarga dan kawan-kawan arwah mama.
Permintaan arwah mama, kami berempat adik-beradik memandikan jenazahnya.
Alhamdulillah tertunai.

Segala puji bagi Allah kerana mempermudahkan perjalanan arwah mama.

Kenangan yang manis itu menyakitkan kerana ia begitu manis.
Kenangan yang pahit itu menyakitkan kerana ia begitu pahit.
Hidup perlu diteruskan.
Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.
Di setiap kesulitan pasti ada kesenangan. 
Hanya doa kami menemani mama di alam sana.

 Aku merinduinya. Rindu untuk mendengar suaranya.
Setiap sudut rumah terbayang dia ada di sana.
Pahitnya kenyataan ini bahawa aku tidak akan bertemunya lagi di dunia ini. 
Hilangnya satu keberkatan di dunia iaitu doa seorang ibu. 

Tersenyumnya aku hari ini kerana dengan adanya kasih sayang Allah.
Kalaulah bukan dengan kasih sayang Allah, sudah lama aku 'mati' sebelum waktunya.
Dan dengan kasih sayang Allah, aku redha.