Friday 15 February 2019

Umrah Part 1 , Madinah Al-Munawwarah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Alhamdulillah...setahun lepas kami sekeluarga berpeluang mengerjakan ibadah umrah.
Sebenarnya draft ni sejak tahun lepas lagi tapi baru sekarang teringat mau post.



Saudara-mara yg menghantar ke airport. Macam hantar orang pegi haji. Hahaha

Bagi kebanyakkan orang, Kota Paris itu kota cinta.
Tapi pendapat aku, Kota Cinta sebenar adalah Madinah Al-Munawwarah.
Di sini kita dapat lihat tinggalan-tinggalan Nabi Muhammad SAW menjadi bukti utuh kecintaan baginda pada umatnya.
Rasulullah SAW yang sangat merindui kita. Allahuma salli 'ala sayyidina Muhammad...



Sampai hotel di Madinah pukul 2 pagi. Rehat sekejap terus pegi solat subuh di Masjid Nabawi.
Perasaan kali pertama melangkah masuk gate masjid tu Allah sj yg tahu.
Nampak saja khemah2 tu menangis.
Dalam hati terdetik "ya Allah...Kau tetap jemput aku walaupun aku banyak buat dosa....." 
Allahuakbar..

Hari pertama jejak kota suci Madinah Al-Munawwarah. Ustazah Aisyah guide kami untuk ziarah dalam Masjid Nabawi dan sekitar kawasan2 berdekatan.

Pintu Masuk Masjid Nabawi.


Tidak pasti gambar ini sama ada sebelum masuk atau selepas keluar dari Raudhah.
Alhamdulillah...








Rezeki bertemu jiran sekampung dekat Madinah. MasyaAllah...
Sama hotel lagi.


Day 2, Ziarah Luar ke Bukit Uhud, Masjid Quba, pasar kurma dan lain-lain.
Jabal Uhud.
Berwarna kemerah-merahan kesan tumpahan darah para syuhada dalam Perang Uhud.
Datang sini hati terus jadi sayu.
Pengorbanan Rasulullah SAW dan para sahabat terlalu besar.
Nikmat hidup sebagai orang Islam hari ini atas pengorbanan mereka.

Di hadapan makam para Syuhada Uhud.
Antaranya Sayyidus Syuhada Saidina Hamzah bin Abdul Muthalib r.a, Abdullah bin Jahsyi Mus'ab bin Umair dan lain-lain.

Yg bukit rendah ni dipanggil Jabal Rumah ataupun bukit pemanah.
Di situlah Rasulullah SAW tempatkan pasukan pemanah ketika Perang Uhud.




Masjid Quba
Masjid yang pertama dibina Rasulullah SAW ketika sampai di Madinah. Masjid ini didirikan atas dasar taqwa.
Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud, 'Barang siapa yang pergi ke Masjid Quba dari rumahnya dalam keadaan wudhuk, dan solat sunat 2 rakaat di dalamnya,ganjarannya adalah 1 pahala umrah.'


Masjid Qiblatain
Masjid yang memiliki nilai sejarah yang tinggi dalam sejarah Islam.
Masjid yg mempunyai 2 kiblat. Masjid yg menjadi saksi perpindahan kiblat.
Ketika Rasulullah SAW sedang solat sunat 2 rakaat menghadap ke arah kiblat pertama orang Islam, iaitu  Baitul Maqdis, Allah SWT menurunkan wahyu pada baginda SAW untuk menukarkan kiblat
mengarah ke Masjidil Haram. 


Pasar kurma. Semua penjual hulur sebiji kurma. Sampai terpaksa minta beg plastik dari penjual tu sbb tangan penuh kurma.




Day 3, Ziarah Tambahan. Pegi melawat tempat-tempat yang tidak termasuk dalam pakej umrah, bayaran 50 riyal seorang.



Pegi ke kaki bukit Uhud. Dapatlah tgk dengan lebih dekat. Puas hati.
Bukit yang mencintai Rasulullah SAW. Begitu juga sebaliknya.
 Bukit yang dijanjikan ada di syurga.
Sebuah riwayat juga menceritakan, Rasulullah SAW pernah menaiki puncak Uhud bersama Saidina Abu Bakar r.a , Saidina Umar r.a dan Sadina Uthman r.a. Setelah keempatnya berada di puncak, Gunung Uhud bergegar. Rasulullah SAW pun menghentakkan kakinya dan bersabda, " Tenanglah kamu wahai Uhud. Di atasmu sekarang adalah Rasulullah dan orang yang selalu membenarkannya dan dua orang yang akan mati syahid " . Selepas itu Bukit Uhud berhenti bergegar.






Muzium Stesen keretapi zaman uthmaniyyah.









                               

Frozen dates. 

Salted pistachio.

Di bawah kubah hijau tu, makam Rasulullah SAW bersama 2 orang sahabat yang lain iaitu Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a dan Saidina Umar al-Khattab r.a 


Makam penghulu kita yang dicintai... Allahumma salli ala sayyidina Muhammad...
Muslimin sajalah yang berpeluang tengok dengan lebih dekat. Kalau muslimah, bertabahlah...


Perkuburan Baqi' .
Di sinilah disemadikan isteri-isteri baginda SAW kecuali Saidatina Khadijah r.a yang disemadikan di perkuburan Ma'ala, Makkah.
Ini pun sama juga. Muslimah tidak boleh masuk.


Ladang Kurma.
Tunggu Fahri datang jemput Aisyah. ehee...

Ada kisah terjadi di sini .... hahaha!
Lucu juga kalau ingat kisah tu.




Hari terakhir di bumi thoyyibah. Allah saja yang tahu beratnya hati untuk tinggalkan bumi penuh barakah ni.

Semoga ada rezeki untuk kembali ke kota penuh kecintaan ini.
Hati sudah terlalu rindu pada ciptaan sebaik-baik manusia...
Ya rabbi.. izinkan aku dan mereka yang membaca ini untuk ke sana lagi.
Aamiin...